10 TIPS ASAS MERAKAM VIDEO

 

  1. Rancang Rakaman – Semua benda kalua dirancang pasti membuahkan hasil yang lebih baik. Pastikan rakaman anda juga mudah untuk penyuntingan.  Bayangkan dalam minda bagaimana hasil rakaman itu nanti barulah anda dapat shot yang diinginkan.
  1. Pastikan Berfungsi – Sebelum merakam, pastikan bahagian-bahagian pada kamkoder anda berfungsi denan baik. Jalankan test ringkas untuk memastikan mikrofon boleh digunakan, flash boleh beroperasi, butang perakam berjalan dan sebagainya.
  1. Jaga-jaga Zum – Anda perlu berjaga-jaga untuk tidak terlalu banyak zum masuk dan keluar sewaktu merakam video. Ia akan memeningkan penonton kerana terlalu banyak pergerakan. Zum yang perlahan ke arah subjek juga lebih baik berbanding zum pantas.  Begitu juga kualiti zum optikal adalah lebih baik berbanding zum digital.
  1. Guna Tripod – Jangan malu untuk bawa dan gunakan Tripod jika pertama kali menggunakan kamkoder. Bukan apa, takut anda tidak biasa mengawal pernafasan dan pergerakan. Itu akan mengakibatkan rakaman video anda kabur atau bergegar.
  1. Bingkai – Pastikan rakaman subjek anda berada dalam bingkai (frame) dan seimbang. Ia akan membuatkan hasil rakaman anda nampak lebih professional dan menunjukkan kepandaian anda mendapatkan shot yang bersesuaian.
  1. Efek Terbina – Kebanyakkan kamkoder masa kini dilengkapi pelbagai efek khas terbina. Efek ini adakalanya tidak perlu digunakan.  Sebaiknya rakam seperti biasa dan lakukan penyuntingan atau masukkan efek kemudian menggunakan perisian penyuntingan video.
  1. Beri Lebih Cahaya – Terutama untuk kawasan dengan suasana gelap, buka lampu sebanyak mungkin jika boleh. Lebih cahaya memberi hasil rakaman lebih baik.  Jika bole pelajari cara membuat keseimbangan warna putih (white balance).  Ia perlu dilakukan sewaktu anda merakam pada  cahaya yang berbeza.
  1. Buat Lebih Rakaman – Buat lebih rakaman daripada pelbagai sudut. Masukkan rakaman orang bercakap, latar belakang, suasana dan sebagainya yang berbeza-beza. Tidaklah rakaman video anda membosakan sangat nanti.
  1. Pelajari Fungsi Pada Kamkoder – Cuba pelajari setiap fungsi pada kamera sabaik mungkin. Ini membolehkan anda mudah mengendalikannya dan tahu bagaimana untuk menggunakan fungsi ini apabila diperlukan.  Di mana butang perakam, bagaimana hendak zum dan bagaimana nak kawal focus? Semuanya penting.
  1. Berseronoklah! – Jangan terlalu tertekan sewaktu merakam video. Sekali gagal tidak bermakna anda tidak berkemampuan.  Cuba lagi dan perbaiki kesilapan yang dilakukan pada rakaman pertama.  Bila anda berasa seronok, barulah ada mood untuk merakam dengan lebih baik.  Jadi berseronoklah ketika merakam video digital anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *