Tips ibu bapa mengawal penggunaan kamera web di kalangan anak-anak.
- Matikan kamera web dan tutup dengan penutup lensa apabila tidak menggunakannya.
- Letakkan kamera web di tempat terbuka seperti ruang tamu rumah berbanding membiarkan anak-anak menggunakannya secara peribadi di bilik.
- Jangan membiarkan anak anda gunakan kamera web untuk berkomunikasi dengan orang lain yang tidak mereka atau anda kenali secara dekat.
- Ingatkan anak-anak agar tidak respon kepada IM, emel atau permintaan kontak daripada individu yang tidak dikenali.
- Jauhkan kamera daripada maklumat yang sangat penting dan peribadi misalnya menempatkan kamera di bahagian yang boleh menampakkan nombor rumah.