KAWAL PENGGUNAAN GAJET ANAK ANDA

Kebanyakan kanak-kanak zaman sekarang sememangnya celik IT.  Penyelidikan daripada pakar pendidikan kanak-kanak di Michael Cohen Group mendedahkan bahawa skrin sentuhan telah mengambil alih semua bentuk kegembiraan lain untuk kanak-kanak.  60% ibu bapa dengan anak yang berusia 12 tahun ke bawah melaporkan bahawa anak mereka sering menggunakan skrin mudah alih, sementara 30% sangat kerap menggunakannya.

Dan, sangat menarik untuk diperhatikan bahawa 36% daripada kanak-kanak ini mempunyai peranti mereka sendiri. Kini mereka lebih advances dengan Youtube, Facebook dan Instagram.

Tanpa menolak kelebihan yang ada, penggunaannya haruslah diselia dan dikawal khususnya dalam kalangan kanak-kanak.  Tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan ketagihan dan merencatkan kemahiran sosial anak-anak.

Berikut beberapa tip untuk mengawal penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak.

  1. Tetapkan masa – Hadkan masa kurang daripada 15 minit pada satu-satu masa. Elakkan penggunaan melebihi 30 minit sehari. 
  1. Pantau penggunaan – Letakkan telefon kepada mod parenting control untuk mengelakkan mereka membuka laman yang tidak sepatutnya.
  1. Jangan manjakan anak anda dengan gajet – Sebahagian ibu bapa menjadikan telefon sebagai “ubat penenang” apabila anak-anak mereka menangis atau mengamuk. 
  1. Elakkan gajet ketika ada ramai orang – Anak-anak perlu belajar bersosial dan berinteraksi dengan persekitarannya tanpa menggunakan gajet. 
  1. Tiada gajet dalam dua tahun pertama – Waktu yang harus digunakan oleh anak-anak untuk berinteraksi dengan objek-objek fizikal di sekeliling mereka. Ini adalah penting untuk merangsang deria sentuhan mereka. 
  1. Tunjukkan contoh teladan yang baik – Banyakkan masa bermain dan berborak dengan anak-anak anda tanpa memegang gajet, begitu juga semasa waktu keluarga berkumpul di ruang tamu atau waktu makan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *