APA ITU WEB HOSTING

Webhosting boleh diumpamakan seperti tapak/ruang untuk rumah anda, kerana tanpa tapak anda tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda perlu mempunyai webhosting sekiranya ingin memiliki sebuah laman web. Anda perlu menyewa “tapak/ruangan” ini bagi membolehkan laman web anda ditempatkan. Saiz “tapak/ruang” ini adalah bergantung kepada kemahuan anda, berdasarkan saiz laman web anda. Ianya diukur dengan sukatan Megabyte (Mb) .

Harga bagi webhosting ini juga adalah bergantung kepada tawaran yang diberikan oleh setiap penyedia hosting. Ada yang menjual dengan kadar yang murah bagi setiap Mb tetapi mewajibkan anda membeli jumlah minima Mb yang bersaiz besar. Oleh itu, anda perlu pandai untuk membuat pilihan yang berdasarkan keperluan anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *