KENALI SEGERA CIRI-CIRI KOMPUTER ATAU LAPTOP ANDA DI JANGKITI VIRUS

Jika anda tidak berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan, komputer atau laptop anda masih boleh terdedah kepada ancaman virus.  Apabila virus sudah menyusup masuk atau mencemari komputer atau laptop anda, biasanya ada tanda-tanda yang menunjukkan jangkitan berlaku.

  • Prestasi komputer atau laptop menjadi lembap atau perlahan.
  • Tiada tindakbalas yang berlaku apabila mengklik pada ikon aplikasi atau aplikasi itu tidak lagi berfungsi dengan betul.
  • Sistem operasi komputer menjalani proses boot semula (reboot atau restart), menjadi kaku (hang) atau lumpuh (crash) tanpa sebab yang diketahui.
  • Perisian keselamatan yang dipasang pada komputer seperti keselamatan internet, antivirus, dan firewall telah dimatikan secara tiba-tiba.
  • Gagal akses pemacu cakera keras (HDD) dalaman, HDD luaran dan thumbdrive yang telah dihubungkan. Berkemungkinan terdapat mesej ralat (error) yang dipaparkan.
  • Gagal mencetak dokumen melalui pencetak yang dihubungkan kepada komputer, walaupun kabel kuasa dan kabel data pencetak sudah disambungkan serta tiada kerosakan pada perkakasnya.
  • Muncul tetingkap pop-up yang mengatakan sudah dijangkiti virus. Nama pengimbas virus yang dipaparkan pula kadangkala tidak pernah didengari selain tetingkap itu mungkin tidak boleh ditutup.
  • Kelihatan tetingkap iklan pop-up yang muncul secara rambang.
  • Sukar untuk memuat turun perisian antivirus termasuk melayari tapak web pembuat antivirus dan mana-mana perisian lain.
  • Kehilangan secara tiba-tiba ikon di bahagian desktop dan atau semua fail program lain dalam folder anda.
  • Antivirus tidak aktif.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *